Monday, June 29, 2009

MARA terus mara.....

*......

*...
MARA terus mara... :p

Majlis Amanah Rakyat
Sebuah puisi karya Usman awang (1991)

Sebuah nama keramat Lahir dari percikan amarah suatu bangsa Yang mundur sosio-ekonominya Masih menadah tangan menjadi peminta Di tanah airnya yang hampir sepuluh tahun merdeka. Bermula di zaman penjajah dikenal dengan RIDA - Lembaga Kemajuan Kampung Dan Perusahaan Suatu bayangan tipis cara Inggeris melonggarkan Kritik tajam rakyat terhadap dasar penjajahan.
RIDA yang berdetik pada tahun 1953 Ketika bara nasionalisma marak menyala Tidak mampu menampung ghairah rakyat merdeka Suara Bumiputera yang semakin keras bergema Kemunduran dan kemiskinan yang ketara. Tahun seribu sembilan ratus enam puluh lima Kongres Ekonomi Bumiputera Yang Pertama Merumuskan segala duka nestapa bangsa Bahawa kita memiliki telaga Mengapa masih memegang talinya Sedang orang mencapai timba Maka segala gaung amarah dileburkan Menjadi sumpah amanah suatu wawasan
Pada detik 1966 yang menentukan RIDA pun dikerandakan dalam sejarah Untuk sebuah nama baru yang keramat Majlis Amanah Rakyat Kini 25 tahun telah berdetik MARA mencapai kedewasaan usia Mungkinkah bakal tiba Kongres Ekonomi Bumiputera Penyelarasan jalur wawasan dua ribuan Menilai kembali keberkesanan AMARAH dan Amanah Rakyat yang dipahatkan.


*.. staf2 mara berposing sakan dengan baju baru korporatnya! kih3x...

Thursday, June 25, 2009

aktiviti bulan jun- Transform!!

(muka excited nak tgk kaum besi) ..lima minit sebelum masuk...

sejam 20 minit sebelum masuk.... (bila nak makan nie?....;p)

sejam setengah sebelum masuk (wei, lapaq oii!!...;p)


satu transformasi akan berlaku.....

aktiviti bulan nie- tgk transformers!!
haha..
dapat harga tiket wayang sekali ngan pakej sakit leher..
haha..dok 4 baris depan!!
tapi demi optimus PRime yang tersayang, balun!!
hehe..
rupa2ya, dunia kita nie dah bertambah satu lagi kaum,selain kaum Melayu, Cina, India, etc...
iaitu kaum besi!! hehe..
kesimpulannya, cerita besh..
tp ending dia cpat sangat (scene bertumbuk sesama "kaum besi" tu...)
runut bunyi terbaik!!
aku suka lagu last tu..(sebelum kluaq nama Michael Bay tu..)
heroin terbaik, meletop, mercik!!
Sekian..
Lokasi: Tgv Jusco Ipoh.
Waktu tayangan: 9.20 pm
Suasana dalam pawagam (lama xdengar perkataan nie) : aircond xsejuk, kerusi sempit, sakit leher!! ..;p (thanks for good package)
Waktu berposing: selepas makan KFC (heheh, thanks "papa")





Sunday, June 21, 2009

selamat hari guru pada semua!

selepas .......:p

sebelum....

kad buatan sendiri dari homeroom M

Selamat Hari Guru untuk semua guru-guru di dunia ini.
dan Selamat Hari Pekerja untuk semua staf....
maktab nie sambut lambat ckit Hari Guru..
pada 18/06/09 baru diadakan sambutan yang rasmi..
thanks untuk semua pelajar homeroom aku, yang sudi menghabiskan duit membeli adiah untuk aku..
kih3x...
anyway, thanks a lot and i really appreaciate that...

Sunday, June 14, 2009

s e l a m a t p e n g a n t i n b a r u s u h a i z a l !



acara memotong kek (ipoh)



selesai sudah majlis akad nikah.. (fuhhhh...:p)



tersenyum riang di majlis sebelah lelaki ( thanks a lot utk membe2 dan saudara mara yang datang.. jasamu dikenang.)


selamat pengantin baru untuk diri sendiri!!
hehe...
majlis akad nikah berlangsung pada 31.05.09 di gunung rapat, ipoh.
majlis sebelah perempuan di Dewan Cempaka Sari, Ipoh,(01.06.09) dan
majlis sebelah lelaki di Taman Koperasi, Alor Star(03.06.09).... :P